Wan Rosdy merasmikan Penutupan Karnival Tanah Pahang di Dewan Titiwangsa, UiTM Kampus Raub hari ini.

RAUB – Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan jumlah hakmilik tanah akan ditingkatkan sekurang-kurangnya satu juta bagi tempoh tiga hingga empat tahun lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah terkini hak tanah di Pahang sehingga Oktober tahun ini sebanyak 764,082 hak milik.

 “Saya berharap agar lebih ramai lagi rakyat Pahang akan mendapat pegangan hak milik tanah supaya ia dapat diusahakan bagi meningkatkan produktiviti dan sosio-ekonomi rakyat dan negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Karnival Tanah Pahang di Dewan Titiwangsa, UiTM Kampus Raub hari ini.

Wan Rosdy berharap pemilik tanah di Pahang menghargai hakmilik tanah yang dikurniakan dengan melunaskan tanggungjawab membayar cukai tanah dan petak sebelum 31 Mei setiap tahun bagi mengelakkan sebarang implikasi kepada pemilikan tanah nanti.  

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri Pahang berjaya memperoleh kutipan hasil sebanyak RM1,144,476,281.93 melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM1.137 bilion atau bersamaan 100.66 peratus.

Menurutnya, sumbangan terbesar adalah kutipan daripadanya merupakan hasil tanah yang keseluruhannya sehingga 21 November 2024 berjumlah RM687 juta.

Dalam pada itu, beliau berkata, Insentif Pengecualian Denda Lewat akan berakhir pada 30 November nanti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast