M. Kumar.

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta kerana kononnya didakwa terlibat dalam penggubahan wang haram bulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 37 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam.

“Mangas mendakwa menjadi mangsa penipuan melalui panggilan telefon (‘phone scam’) dan mengalami kerugian berjumlah RM1,140,320.

“Semuanya bermula apabila dia menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran, kira-kira pukul 3 petang, 31 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang individu memperkenalkan diri dari syarikat penghantaran itu memaklumkan mangsa terdapat bungkusan atas nama wanita tesebut mengandungi buku cek dan token bank.

Mangsa ujarnya, menafikan ada membuat permohonan lalu panggilan terus disambungkan kepada pihak polis untuk mangsa membuat laporan penafian.

“Mangsa telah bercakap dengan ‘Inspektor Harun’ dan diberitahu terdapat kad visa milik mangsa telah dijumpai dan kad visa itu didapati terbabit dalam kes penipuan serta penggubahan wang haram,” katanya.

Menurut beliau, mangsa dikatakan diarahkan untuk memindahkan semua wang yang ada ke akaun lain bagi tujuan siasatan Bank Negara.

Katanya, disebabkan takut dan bimbang dikenakan tindakan undang-undang, mangsa telah membuat pindahan wang berjumlah RM1,140,320 ke akaun bank yang diarahkan oleh ‘pegawai polis’ itu.

“Mangsa menyedari telah ditipu apabila diarahkan lagi membuat pindahan wang walaupun sejumlah wang sudah dipindahkan sebelum itu, lalu membuat laporan polis”, tambahnnya.

Kes disiasat di bawah kesalahan tipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Kumar menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada apabila menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis mahu pun mana-mana agensi penguat kuasa.

“Dimaklumkan bahawa pihak berkuasa sama sekali tidak akan mengarahkan wang dipindahkan ke mana-mana akaun bank atas alasan untuk tujuan siasatan

“Orang ramai juga disarankan untuk lebih cakna dengan mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah komersial melalui media sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here