KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 daerah di Johor diramalkan akan berlaku banjir susulan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula 26 hingga 29 November depan.
Antara daerah yang terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru, Muar, Tangkak, Batu Pahat dan Pontian.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) pada jam 1 tengah hari tadi.
“Di daerah Segamat antara sungai terlibat adalah lembangan Sungai Muar; daerah Kluang membabitkan (lembangan Sungai Endau; lembangan Sungai Benut ; lembangan Sungai Johor.
“Manakala daerah Mersing (lembangan Sungai Mersing; lembangan Sungai Tenglu Besar); daerah Kulai (lembangan Sungai Pontian Besar ; lembangan Sungai Skudai dan; lembangan Sungai Tebrau),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, di daerah Kota Tinggi pula adalah lembangan Sungai Johor; lembangan Sungai Sedili Besar; lembangan Sungai Rengit; dan lembangan Sungai Sepang.
“Untuk daerah Johor Bahru (lembangan Sungai Pulai; lembangan Sungai Skudai), daerah Muar (lembangan Sungai Muar; lembangan Sungai Sarang Buaya); daerah Tangkak (lembangan Sungai Muar dan lembangan Sungai Kesang).
“Manakala daerah Batu Pahat di lembangan Sungai Batu Pahat; daerah Pontian (lembangan Sungai Pulai lembangan Sungai Pontian Besar ; lembangan Sungai Benut ; lembangan Sungai Sanglang; lembangan Sungai Penerok; lembangan Sungai Pontian Kecil dan lembangan Sungai Ayer Baloi,” jelasnya.
Menurut PRABN JPS, pihaknya akan membuat pemantauan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai tersebut.
“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh dijangkakan dan semua agensi pengurusan serta penduduk di kawasan terlibat diminta berwaspada dan peka.
“Sila dapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my atau menerusi laman Facebook PublicInfo Banjir,” ujarnya. – MalaysiaGazette