Enam pelayan pelanggan (GRO) warga Indonesia ditahan polis dalam serbuan Op Noda 3 #KLStrikeForce sekitar Jalan Yew, di sini, semalam. Foto. PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai enam pelayan pelanggan (GRO) warga Indonesia ditahan polis dalam serbuan Op Noda 3 #KLStrikeForce di sekitar Jalan Yew, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, turut ditahan dua lelaki tempatan berperanan sebagai pengurus GRO dan penjaga premis pada jam 2.13 pagi.

Katanya, serbuan yang bermula jam 11.40 malam itu dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap  (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Kita menahan lapan individu yang berusia diantara 20 hingga 63 tahun terdiri daripada enam wanita Indonesia sebagai pelacur manakala dua lelaki tempatan sebagai pengurus pelacur dan pejaga premis.

“Selain itu, polis juga merampas 20 keping kondom, enam buku catatan, lima helai tuala, tiga paket tisu basah, satu minyak pelincir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Premis yang diserbu di sekitar Jalan Yew, di sini, semalam. Foto PDRM

Tambah Rusdi, siasatan mendapati khidmat seks itu ditawarkan dengan kadar bayaran serendah RM60 kepada pelanggan warga asing.

“Siasatan juga mendapati, purata pelanggan yang akan melanggani seorang pelacur di antara lima hingga 10 orang.

“Malah risikan turut mendapati, kegiatan maksiat itu beroperasi seawal jam 6 petang hingg 4 pagi setiap hari,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, kesemua individu yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 55B dan Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here