Chef Yasir Omar

KUALA LUMPUR – Ramadan tahun ini, Menara Kuala Lumpur bakal mencipta memori indah buat pengunjung dengan pilihan menu lebih 200 hidangan tradisional setiap hari melalui program istimewa, ‘Dari Dapur TEMU’.

Bermula 5 Mac hingga 28 Mac 2025, buffet ini akan berlangsung di TEMU Utama, Menara Kuala Lumpur dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Nazli Saad, berkata program tahun ini lebih istimewa kerana pengunjung bukan sahaja dapat menikmati iftar mewah sebaliknya juga menerima tiket masuk percuma ke tarikan Menara Kuala Lumpur seperti Sky Deck dan Observation Deck.

“Ramadan kali ini, kami ingin memberikan pengalaman yang menyeluruh. Dengan setiap pembelian pakej Dari Dapur TEMU, pengunjung boleh berbuka puasa sambil menikmati pemandangan kota yang memukau di ketinggian 288 meter.

“Ini adalah peluang unik untuk menikmati keindahan Kuala Lumpur dalam suasana yang berbeza, saya minta semua yang berminat untuk tidak lengahkan masa sebaliknya segera rebut peluang tawaran harga istimewa Early Bird sebelum 31 Januari 2025,” katanya baru-baru ini. 

 

Tawaran ‘early bird’ harga hingga 31 Januari 2025 bernilai RM119 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak pada hari biasa dan hujung minggu pula dewasa, RM169 dan kanak-kanak RM59.

Difahamkan juga, Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat, menjemput anak-anak yatim, asnaf, dan pelajar tahfiz berbuka puasa bersama-sama di lokasi ikonik ini.

Lebih istimewa lagi, semua hidangan ini disediakan sepenuhnya oleh chef-chef berbakat dari MKL Cuisine Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, ketika MalaysiaGazette sempat bertemu Chef Yasir Omar, kata beliau Menara Kuala Lumpur dengan bangganya menguruskan 100 peratus penyediaan makanan dan minuman sepanjang Ramadan ini secara eksklusif untuk para pengunjung.

“Antara hidangan utama yang pasti menggamit selera ialah Kambing Golek Manja, Lidah Lembu Bakar, Sup Power Rusuk Lembu, Vietnamese Roll 288, dan Shawarma Ayam d’TEMU. Memang lain daripada lain. Cara masakan kita, resepi. Antara yang mungkin jadi popular adalah kambing golek yang diperap dengan resipi unik.

“Kebanyakan makanan ini adalah hidangan tradisonal yang bukan sahaja sedap sebaliknya menggamit kembali kenangan ketika berbuka di kampung halaman.

“Lebih hebat lagi apabila kita berbuka puasa bersama keluarga, insan tersayang serta sahabat handai dapat menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur, sama ada ketika matahari terbenam bawah sinaran lampu kota. Pada saya, ini sangat menakjubkan,” ujarnya.

Bagi pengalaman Ramadan yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur! Untuk maklumat lanjut, hubungi +603-2020 5421 atau layari laman rasmi Menara KL di kltower.com.my. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here