Pemandangan di Sungai Golok. Foto FB Kelantan State

PASIR MAS – Mulai 1 Disember ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan, kata Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Hamzah Ishak.

Beliau berkata, di Kelantan rakyat Malaysia hanya dibenarkan melalui tiga pintu sempadan negara yang diwartakan sahaja untuk melintasi sempadan Malaysia-Thailand, dan sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram untuk kenegara jiran akan ditahan, termasuk pelajar yang bersekolah di Rantau Panjang.

“Undang-undang itu mesti terus dilaksanakan pada 1 Disember, semua isu sempadan telah kita bincangkan termasuklah isu pelajar (pelajar sekolah guna pangkalan haram dari Sungai Golok bersekolah di Rantau Panjang) di bawah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) juga dibincangkan.

“KPM telah ada strategi dan sebagainya, Insya-Allah kita kena laksanakannya demi kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat MKN selama tiga jam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here