KUALA LUMPUR – Empat beranak berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam sebuah rumah kedai dua tingkat yang terbakar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, Kajang Selangor, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.28 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bersama BBP Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Pasukan Bomba Sukarela Bangi dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati satu unit rumah kedai dua tingkat terbakar di bahagian atas dan bawah.

“Anggaran kemusnahan sebanyak 75 peratus dan turut terbakar tiga unit kedai musnah 90 peratus.

“Mangsa terlibat adalah dua lelaki dan dua wanita berusia 27 hingga 58 tahun terperangkap di bawah kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bomba kemudian membuka pintu menggunakan alat pemotong sebelum berjaya membawa keluar mangsa.

“Mereka yang terselamat terdiri daripada suami isteri dan anaknya yang tinggal di belakang kedai basikal milik abang wanita.

“Suami mangsa telah dibawa ke hospital dengan ambulans selepas mengalami sesak nafas, manakala ahli keluarganya tidak memgalami kecederaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here