Roket yang dilepaskan dari selatan Lubnan dipintas oleh sistem pertahanan udara Kubah Besi Israel di wilayah Upper Galilee di utara Israel, pada 4 Ogos 2024, di tengah-tengah pertempuran rentas sempadan yang berterusan antara tentera Israel dan pejuang Hizbullah Lubnan. Foto AFP

BEIRUT – Media Israel mengesahkan dua tentera penceroboh Israel terbunuh dan 10 lagi cedera dalam pertempuran dengan pejuang Hizbullah di selatan Lubnan, semalam.

Hospital Rambam di Haifa mengumumkan ia menerima tiga anggota tentera Israel yang cedera dalam tempoh beberapa jam yang dibawa oleh helikopter dari selatan sempadan Lubnan.

Ia berikutan beberapa serangan Hizbullah yang menyasarkan operasi tentera dan penempatan Israel selepas tangah malam semalam dengan bedilan roket disasarkan ke arah Kiryat Shmona akibat keganasa dilakukan rejim Zionis.

Beberapa kumpulan tentera Israel di timur bandar al-Khiam disasarkan sepanjang hari.

Serangan turut dilakukan terhadap tentera Israel yang sedang berkumpul, termasuk di Deir Mimas-Kfar Kila, dan berhampiran penempatan Hanita.

Pebnempatan seperti Avivim dan Dishon tidak terkecuali daripada bedilan roket.

Selain itu, kumpulan Hizbullan turut melancarkan serangan di pinggir al-Bayyada yang menyaksikan kematian dalam kalangan tentera musuh dan pertempuran masih lagi berlaku.

Pejuang Hizbullah turut menyasarkan kereta kebal Merkava dengan menggunakan peluru berpandu di barat bandar Chamaa yang menyebabkan kerosakan kepada kenderaan itu, kematian dan kecederaan kru.

Dalam tempoh enam hari bertempur, kumpulan Hizbullah membantutkan cubaan Israel untuk menceroboh bandar al-Khiam, selatan Lubnan.

Semalam pertempuran sengit berlaku di al-Khiam pada sebelah pagi, pejuang Hizbullah turut melancarkan dron dan membedil roket pada sebelah malam.

Menurut laporan di lapangan, serangan itu telah meranapkan struktur Israel menyebabkan kecederaan dan pengunduran anggota tentera ke al-Omra, selatan al-Khiam.

Tentera Israel turut berundur ke timur dengan kenderaan mereka menuju ke kawasan berhampiran sempadan, Wadi al-Omra. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast