Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap pada sidang media selepas Ucapan dasar dan Perasmian Muktamar Pas Kali ke-70 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Temerloh, Pahang. Foto AIZAT ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Pas bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) ketika ini sedang memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRN Sabah yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Tambah beliau, Pas sebagai salah satu komponen PN juga yakin dengan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baru sahaja selesai mengadakan pemilihannya.

“Saya pasti ia akan menyemarakkan semangat PN untuk terus fokus bagi merangka strategi yang berkesan untuk rakyat Sabah, yang telah memberi mandat dalam PRN yang lalu,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berkata, parti itu tidak memasukkan Pas untuk rundingan kerjasama bagi menghadapi PRN Sabah Ke-17.

Kata Masidi, perkara itu mengambil kira kedudukan Pas dalam PN dan GRS yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here