KUALA LUMPUR – Sebuah kereta dan tiga motosikal musnah terbakar dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.58 pagi menerusi MERS999.
Susulan itu, seramai lapan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Dalam dikejarkan ke lokasi terbabit.
“Menurut Komander Operası, Salmi Abd Mukti, setibanya anggota di tempat kejadian, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Perdana dan tiga buah motosikal.
“Kebakaran itu berlaku di kawasan parkir kenderaan di PPR Pantai Dalam dan ia berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, bagaimanapun punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette