BAITULMAQDIS – Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam mengumumkan kematian seorang tahanan Israel yang ditahan di utara Gaza.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida mengesahkan kematian tersebut semalam dan memberi amaran kepada pemimpin Israel berhubung nasib tahanan lain di tengah keganasan yang dilakukan Israel.

“Pihak musuh perlu bersedia menghadapi kehilangan mayat tahanan yang mati,” katanya yang menyatakan punca insiden tersebut akibat kemusnahan teruk berikutan keganasan Israel.

Abu Obeida mendedahkan bahawa komunikasi yang terhasil antara pejuang Al-Qassam adalah untuk melindungi tahanan dan seorang tahanan wanita mati di kawasan pencerobohan Zionis dan tahanan kekal lain berada dalam keadaan sangat berbahaya.

“Selepas kemunikasi terputus untuk beberapa minggu dan dipulihkan, para pejuang ditugaskan utnuk mengawal tahanan musuh, bagaimananpun seorang tahanan wanita musuh terbunuh di kawasan yang diceroboh Zionis di utara Jalur Gaza manakala terdapat  ancaman nyawa tahanan (wanita) lain bersamanya,” ujar beliau.

Tanggungjawan berhubung nasib tahanan terletak pada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan rejimnya.

Abu Obeida berkata, pemimpin Israel bertanggungjawab terhadap kesengsaraan yang dihadapi tahanan kerana enggan berunding.

“Penjenayah perang Netanyau, kerajaannya, komander tentera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap nyawa tahanan dan mereka yang mahu ia berterusan yang menyebabkan mereka (tahanan) sengsara dan mati,” katanya.

Berikutan pengumuman itu, Briged Al-Qassam menyiarkan dua gambar mayat mangsa disertai dengan kapsyen: “Mangsa baharu Netanyau dan Halevi… masa semakin suntuk,”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast