Rakaman yang tular menunjukkan salah seorang daripada suspek cuba membuka pintu kenderaan yang hendak dicuri.

KUALA LUMPUR – Tiga individu yang cuba memecah sebuah kenderaan untuk mencuri terpaksa berputih mata apabila mereka gagal untuk berbuat demikian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pecah kereta di Banting, Kuala Langat, pukul 9.40 pagi.

Katanya, siasatan mendapati, kejadian berlaku semasa pengadu sedang membeli barang di sebuah kedai perkakasan di Banting.

“Pengadu terdengar bunyi penggera keretanya dan ternampak pintu kereta terbuka, lalu membuat pemeriksaan namun tiada barangan yang hilang.

“Kemudian, pengadu membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu dan mendapati tiga lelaki mengumpil pintu kereta pengadu sehingga terbuka sebelum melarikan diri menggunakan dua kenderaan jenis Proton Wira,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Sufian berkata, pihaknya turut mengesan rakaman kes berkenaan di laman sosial.

Ujarnya, pemilik kedai kemudiannya membuat hantaran rakaman video dari CCTV itu di media sosial bertujuan agar penduduk di kawasan Banting lebih berwaspada.

Sehubungan kata beliau, pihaknya masih mengesan semua suspek yang terbabit dalam kes itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat 03-31872222,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here