JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggang suaminya terbabas lalu hilang kawalan dan terbabas di KM 14.2 Lebuhraya Iskandar Sultan (arah Iskandar Puteri), Johor, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh A/L Mahinder Singh berkata, wanita yang berusia 29 tahun itu cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
“Mangsa (suami kepada wanita itu) mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kanan serta kepala dan sedang dirawat di zon merah,” katanya menerusi kenyatan sambil menambah loporan mengenai insiden tersebut diterima pada 10.30 malam semalam.
Menurut Balveer Singh, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan berbahaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Zulhisyam Aziz di talian 019-7432966. – MalaysiaGazette