Foto: Anadolu

ANTALYA, Turki – Sebuah pesawat Sukhoi Superjet 100 milik Azimuth Airlines mengalami kebakaran enjin sebelah kiri ketika berada di landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antalya, Turki.

Menurut kenyataan Gabenor Antalya, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Sochi, Rusia itu membawa 89 penumpang dan 6 kru dan kesemua mereka selamat dibawa keluar semasa kejadian.

Katanya, juruterbang tersebut membuat panggilan kecemasan selepas pesawat tersebut mendarat pada jam 9.34 malam

Tambah kenyataan itu, usaha sedang dilakukan bagi mengalihkan pesawat tersebut daripada landasan dan pendaratan pesawat dibatalkan hingga pukul 3 pagi.

Selain itu, jelasnya, pelepasan dilakukan menerusi landasan milik tentera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here