KUANTAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan memaklumkan pembukaan semula jambatan sementara (bailey bridge) di laluan FT012 Jalan Kuantan – Segamat berhampiran kawasan burung unta bermula hari ini.
Dalam kenyataannya, laluan tersebut sudah dibuka sepenuhnya bagi kegunaan orang ramai bermula pukul 4 petang.
“Jambatan sementara ini akan dibuka semula kepada semua kenderaan dengan had muatan yang dibenarkan tidak melebihi 20 tan,” kata kenyataan itu lagi.
JKR Pekan turut menasihati orang ramai agar mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan dan sentiasa berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut.
Terdahulu, laluan tersebut ditutup kepada pengguna bermula 22 November bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan jambatan tersebut. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: