Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memulangkan 172 jam tangan Swatch, termasuk siri Pride Collection yang dirampas pada tahun lepas.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang tindakan lanjut termasuk langkah untuk mencabar keputusan mahkamah itu akan diteliti.

“Reaksi awal saya kementerian harus menghormati keputusan mahkamah.

“Tetapi, untuk mencabar, saya perlu dapatkan laporan penuh terlebih dahulu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN, di sini, hari ini.

Hadir Sama Timbalannya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan 172 utas jam tangan koleksi Pride yang dirampas selepas dikaitkan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tahun lalu dikembalikan kepada The Swatch Group (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hakim Datuk Amarjeet Singh mengarahkan kesemua jam tangan yang dirampas oleh KDN pada Mei 2023 dipulangkan kepada syarikat berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Beliau turut membatalkan notis penyitaan terhadap The Swatch Group (Malaysia) selepas membenarkan perintah certiorari yang dipohon oleh syarikat berkenaan.

Hakim Amarjeet memutuskan demikian selepas membenarkan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh syarikat pengimport dan penjual jam tangan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here