Lelaki video tular disyaki kucing didera dengan diikat tali pada leher dan ditarik dalam insiden di Jalan Klang Lama berjaya ditahan polis pada Ahad- Gambar ihsan Polis KL.

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan seorang lelaki yang dilihat mengheret seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun di kediamannya.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas haiwan ternakan). Permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas suspek akan dipohon untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian yang sama menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-229 79222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Terdahulu pada 23 November lalu, polis telah terkesan satu rakaman video yang tular dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok Nana.

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu memaparkan seorang lelaki yang menganiaya seekor kucing dengan menariknya menggunakan tali yang diikat di leher kucing berkenaan di sebuah kediaman di Jalan Klang Lama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here