KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 172 utas jam tangan Koleksi Pride yang dirampas selepas dikaitkan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tahun lalu dikembalikan kepada The Swatch Group (Malaysia) Sdn. Bhd.
Hakim Datuk Amarjeet Singh mengarahkan kesemua jam tangan yang dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Mei 2023 dipulangkan kepada syarikat berkenaan dalam tempoh 14 hari.
Beliau turut membatalkan notis penyitaan terhadap The Swatch Group (Malaysia) selepas membenarkan perintah certiorari yang dipohon oleh syarikat berkenaan.
Hakim Amarjeet memutuskan demikian selepas membenarkan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh syarikat pengimport dan penjual jam tangan itu. – MalaysiaGazette
Berita selanjutnya menyusul ….