Penduduk Palestin meninggalkan Rafah di selatan Semenanjung Gaza berikutan arahan pemindahan oleh tentera Israel, tiba ke Khan Yunis pada 6 Mei 2024, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan pergerakan Hamas Palestin. Foto AFP

TEHRAN – Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi wilayah Palestin, Francesca P. Albanese mengakui badan dunia itu telah gagal menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Memetik agensi berita Palestin Wafa, Albanese juga mengkritik kurangnya gerakan di Asia Barat bagi memprotes kekejaman rejim zionis di Gaza.

Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, jumlah tepung dan bekalan makanan yang dibenarkan Israel ketika ini untuk memasuki Gaza tidak memenuhi 6% daripada keperluan penduduk.

Keadaan itu mengakibatkan krisis makanan yang teruk, terutamanya untuk mendapatkan roti.

Malah, kebanyakan kedai roti di selatan Semenanjung Gaza ditutup, tambah agensi itu.

Menurut UNRWA, lebih dua juta orang yang kehilangan tempat tinggal di Gaza kelaparan, dahaga, penyakit dan ketakutan dan semakin mustahil untuk mendapatkan makanan bagi keluarga.

Agensi itu menyifatkan keadaan di Gaza sebagai malapetaka selepas kemasukan bantuan di wilayah yang dikepung telah mencapai tahap paling rendah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada Oktober, hanya 37 konvoi bantuan memasuki Gaza setiap hari, tidak mencukupi untuk penduduk di sana, tambahnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast