Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Skudai, Lido menghala ke pusat Bandaraya Johor Bahru di sini awal pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggang terbabas di kilometer (KM) 5.2 Jalan Skudai, Lido menghala ke pusat bandar, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan berlaku pukul 3.40 pagi melibatkan penunggang terbabit iaitu lelaki tempatan berusia 27 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh atas jalan raya.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pihaknya memohon saksi kejadian berkenaan untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk memberikan keterangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here