Kredit : IPD Kemaman

CHUKAI – Seorang petugas wanita sebuah universiti tempatan cedera parah di kepala selepas dihempap pokok di Bukit Kemuning, Kijal, di sini kira-kira 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 35 tahun sedang mendaki bukit berkenaan bersama 57 pelajar dan tujuh petugas lain.

“Difahamkan mangsa bersama petugas universiti serta pelajar bidang geologi naik ke Bukit Kemuning untuk menjalankan kerja dan kajian lapangan.

“Sewaktu pendakian, mangsa ditimpa pokok besar yang tumbang menyebabkan dia cedera parah di kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut dan difahamkan kini sedang ditidurkan.

“Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan suami mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman,” katanya.

Susulan itu, Hanyan mengingatkan orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan Taman Eko Rimba sepanjang musim tengkujuh.

“Kawasan Taman Eko Rimba termasuk laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di hutan simpan kekal negeri Terengganu adalah tidak dibenarkan sepanjang musim tengkujuh,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here