Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 120 liter minyak petrol dan tangki ubahsuai ditemui dalam kereta. - Foto ihsan PGA.

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak petrol di Kampung Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Kelantan semalam.

PGA dalam kenyataan berkata, operasi yang dijalankan Pasukan Batalion 8  itu berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 120 liter minyak petrol dan tangki ubahsuai ditemui dalam kereta tersebut. Kesemua minyak petrol yang dirampas dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya.

Turut dirampas dalam operasi itu, sebuah kenderaan beserta minyak petrol dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM8,246.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan hasil rampasan dibawa ke Pejabat PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast