Foto IG Nina Sabrina.

 

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie meluahkan rasa gembira apabila bekas isterinya, Nina Sabrina Ismail Sabri melangsungkan pernikahan malam Ahad lalu.

Jovian atau Mohd Ridhwan secara jujur berkata, penceraian bukan satu pengakhiran namun ia adalah permulaan buat mereka mencari kebahagiaan yang belum pernah ditemui.

“Kadang-kadang, perpisahan bukanlah pengakhiran tetapi permulaan.

“Peluang untuk mencari kebahagiaan lebih besar secara berasingan daripada yang pernah kita capai bersama,” katanya di Instagram di sini.

Malah, Jovian juga mengakui dia tiada rasa iri hati sebaliknya memberitahu dia masih mengekalkan hubungan baik bersama Nina demi kebahagian anak mereka, Jeanelle Nika Mandagie.

“Hubungan kekal dengan rasa hormat, dan kasih sayang terhadap apa yang telah kita bina bersama sebelum ini. Itulah kisah kita,” ujarnya.

Dalam hantaran lain, Jovian turut memohon maaf kerana tidak tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas isterinya itu.

“Semoga berbahagia! Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat,” jelasnya.

Nina, 37, mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 24 November lalu.

Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013 namun iodoh mereka tidak bertahan lama selepas mengumumkan penceraian pada Ogos tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast