Foto JAXA

TOKYO – Satu kebakaran besar berlaku di stesen ujian roket Jepun hari ini, dengan kepulan asap naik ke udara dalam insiden program angkasa terbaharu negara itu.

Tiada laporan mengenai kecederaan dalam kejadian di kawasan terpencil di Kagoshima, selatan Jepun yang mana roket bahan bakar pepejal, Epsilon S diuji.

Rakaman rangaian NHK memaparkan api dengan asap menjulang ke udara di Pusat Angkasa Tanegashima.

Para wartawan yang berada kira-kira 900 meter dari lokasi kejadian melaporkan letupan berlaku selepas ujian pembakaran bermula jam 8.30 pagi.

“Terdapat keganjilan semasa ujian pembakaran hari ini. Kami cuba menilai apa yang berlaku.

“Tiada kecederaan dilaporkan ketika ini,” menurut laporan Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) kepada AFP.

Akhbar Asahi Shimbun melaporkan agensi itu yang merancang melancarkan Epsilon S pada Mac depan kini dilihat sebagai mustahil.

Pada Julai 2023, sebuah enjin Epsilon S meletup semasa ujian, kira-kira 50 saat selepas pembakaran dilakukan.

Dalam insiden tersebut, sekeping logam cair dan merosakkan penebat termal yang menyelaputi enjin meyebabkan kebakaran, lapor agensi berita Kyodo. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here