Nurillo Tukhtasinov.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah serangan Terengganu FC (TFC), Nurillo Tukhtasinov sah menandatangani kontrak lanjutan baharu bersama kelab tersebut sehingga Disember 2025.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh kelab itu media sosial miliknya hari ini.

“Pemain tengah pasukan Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov pada hari ini telah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama kelab ini sehingga Disember 2025.

“Pemain kelahiran Uzbekistan ini mengakui sebelum ini menerima beberapa tawaran dari kelab lain namun beliau memutuskan untuk terus setia bersama kelab ini untuk baki musim ini dan musim berikutnya,” tulis kelab itu.

Sebelum ini, timbul persoalan dalam kalangan beberapa peminat jika Nurillo bakal dikekalkan Sang Penyu atau akhirnya akan berhijrah menyertai kelab baharu pada masa hadapan.

Musim ini menyaksikan bekas pemain kebangsaan Uzbekistan itu telah meledak empat gol daripada 20 penampilan termasuk di saingan ACC Shopee Cup.

Sejak penyertaan Nurillo bersama Terengganu, dia telah pun mencipta 42 penampilan bersama lima gol dan satu bantuan jaringan direkodkan pemain tersebut.

Beraksi di posisi tengah serangan, jelas Nurillo menjadi antara nadi utama pasukan untuk bergandingan bersama Manny Ott selaku perancang pasukan mencipta gerakan-gerakan berbahaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here