Kereta terjunam ke dalam Sungai Ramganga selepas melalui jambatan yang tidak siap di Uttar Pradesh. foto X

NEW DELHI – Gara-gara mengikut peta Google, tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terjatuh dari jambatan yang tidak siap di Uttar Pradesh, pada awal pagi 24 November lalu.

Beberapa media India melaporkan, semasa kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari Noida ke Bareilly untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Dalam perjalanan itu, pemandu menggunakan aplikasi navigasi itu dan melalui jambatan berkenaan sebelum terjunam ke dalam Sungai Ramganga.

The Times of India melaporkan, keadaan gelap sepanjang perjalanan di atas jambatan yang tidak siap itu.

“Kereta dinaiki mereka terjunam lebih 15 meter sebelum berada di dasar sungai,” menurut laporan berita itu.

Kereta remuk dan tiga lelaki yang terperangkap di dalamnya, ditemui oleh penduduk kampung Allapur, yang kemudian memaklumkan kepada polis.

“Sekitar jam 9.30 pagi, kami dimaklumkan tentang kereta rosak ditemui di sungai Ramganga. Pasukan kami menemui Wagon R, disyaki teksi, yang terjatuh dari jambatan yang tidak lengkap.

“Mayat mangsa ditemui dan dihantar untuk bedah siasat,” The Hindustan Times memetik jurucakap polis sebagai berkata.

Ketiga-tiga lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua daripada mangsa telah dikenal pasti sebagai adik-beradik. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here