Presiden Persatuan Usahawan Asia Pasifik, Dr Loh Sheng Nian.

KUALA LUMPUR – Bahasa kebangsaan perlu dihormati bukan sahaja oleh rakyat berbilang kaum di negara ini sebaliknya juga warga asing termasuk pelancong di negara ini.

Itu antara luahan pengasas dan Presiden Persatuan Usahawan Asia Pasifik, Dr Loh Sheng Nian atau lebih mesra sebagai Dr Shawn Loh.

Menurut beliau, peraturan papan tanda telah ditetapkan sejak bertahun-tahun lalu bagi memastikan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu diberi keutamaan.

“Setiap negara mempunyai undang-undang mereka sendiri termasuk berkaitan papan tanda. Kita mesti menghormati undang-undang negara kita agar orang lain juga akan menghormati kita.

“Bahasa Melayu harus menjadi bahasa utama pada papan tanda manakala penggunaan bahasa lain hanya boleh dijadikan tambahan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kata beliau, adalah tidak adil untuk memberi keutamaan kepada pelancong dari satu negara sahaja sedangkan pelancong dari negara lain juga menyumbang kepada cukai pelancongan.

“Kita perlu adil kepada semua pelancong, jangan taksub tarik pelancong dari China, kita mengabaikan pelancong lain dari Eropah, Timur Tengah dan negara lain yang juga datang untuk menikmati keunikan Malaysia.

“Pelancong datang ke sini untuk merasai Malaysia yang sebenar bukan versi negara lain,” tegasnya.

Dalam pada itu, Dr Shawn juga mengingatkan pelancong harus menghormati Perlembagaan negara ini termasuk penggunaan bahasa rasmi dalam sektor awam.

“Malaysia dikenali sebagai Truly Asia Kita tidak perlu meniru negara lain seperti China untuk menarik pelancong dari sana. Pelancong mahu melihat keunikan budaya Malaysia bukan sesuatu yang menyerupai negara asal mereka,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

19 Komen

  1. Cina mcm ni rasional dan sepatutnya dilantik sbg senator kemudiaan sbg Menteri Pelancongan…buka si gemuk rasis tu

  2. Menteri pelancungan dah beberapa Kali buat kontroversi berkaitan kaum terutana kaum Melayu Dan cina. Gagal Menteri ini. sebab dia nanti PMX yg mendapat malu kerana semua rakyat Malaysia fikir apa yg dia buat adalah Dari Kebenaran PMX…baik tukar Menteri pelancungan sebelom terlambat….

  3. saya amat setuju dgn komen Dari Dr Shawn…INI negara Malaysia..tak boleh jadi china…pelancong kena patuh dgn undang undang negara NI..bukan Kita yg ken patuh dgn pelancong…Harap PM tukar Menteri pelancongan sekarang NI…Kita risau pelancong tak nak datang bukan Kerana pan tanda tapi Kerana Malaysia Ada Menteri pelancongan yg BODOH…HARAP LPS NI HATI HATILAH LANTIK MENTERI..JGN MAIN TANGKAP MUAT JE..

  4. menteri tidak semestinya cerdik. kalau bercakap dgn emosi dan persepsi, terserlahlah kebodohannya.

  5. sebenarnya isu kaum ini tidak akan bermasalah jika ahli ahli parlimen tidak persoalkan serta mengapi apikan kita di Malaysia unik berbilang kaum mereka yg membuat menjadi isu sampai petang mulut antara satu sama lain kurang matang dari aspek perpaduan jika seorg yg mula tentu yg lain akan mula akhirnya sikap tidak bertanggungjawab terjadi.

  6. Terima kasih saudara Sheng Nian. Anda sepatotnya dilantik menjadi Menteri Pelancongan. Tapi Gemuk macam pig tu lah yg Pmx nak pertahankan terus jadi menteri. dah sah statement diberi menteri pig tu tak benar dan sengaja direka. ada ke pelancong boleh pertikaikan bahasa di Negara lain. pergi melancong ke jepun pun dia akan pertikaikan juga lake. perginke Framce dia akan pertikaikan knp bahasa cina tidak di utamakan yer. bodoh punya menteri pig

  7. majoriti bukan Melayu memahami dan mematuhi peraturqn yang ditetapkan. nmaun, ada segeluntir yang ingin menjadi jaguh dalam komuniti mereka cipta topik dan isu yang boleh membangkit ketenangan dan keharmonian sedia ada.
    berhati hati dengan kumpulan kecil ini kerana jika tidak dibendung, akan menjadi api yang marak dan boleh membakar kita semua…

  8. ni baru betul… kita ada identiti negara sendiri… bahasa kebangsaan kita sendiri… kalau semua nak bahasa cina serupa ja mcm negara china… malaysia is malay lah… ada budaya masing2… kita peragakan budaya sendiri… setiap negeri ada adat sendiri…ada loghat sendiri… baru pelbagai..

  9. Marilah kita memertabatkan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu walaupun negara Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum. Dengan memertabatkan satu bahasa ini kita akan dapat bersatu dan menjadikan perpaduan sebagai teras negara.

Comments are closed.