Kredit : BBP Kerteh

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 306.3 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kira-kira 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata Mohd Noor Yunus, 37, ketika kejadian memandu dari arah Kuala Terengganu menuju ke tempat kerjanya di Kemaman.

“Setibanya di lokasi, kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar binaan tersebut.

“Kesan rempuhan itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu apabila besi penghadang berkenaan menembusi bahagian hadapan keretanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata Mohd Noor maut di lokasi kejadian berikutan cedera parah pada kepala dan anggota badan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh Khairulhasni Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.12 pagi sebelum sepuluh anggota dikerahkan ke lokasi untuk kerja penyelamatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here