KUALA LUMPUR – UMNO akan memulakan Sekolah Politik yang akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula awal tahun hadapan.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO, malam tadi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia memfokuskan kepada ilmu asas kenegaraan, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat.
Pada bulan lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, UMNO akan menubuhkan sekolah politik di bawah Biro Latihan dan Perkaderan UMNO.
Ia akan diketuai Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sekolah politik itu akan menyediakan teori dan amali kepimpinan yang ditubuhkan di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik, Bentong.
Pekolah politik tersebut akan melatih generasi baharu yang memiliki potensi untuk diketengahkan sebagai pelapis pemimpin parti. – MalaysiaGazette