LONDON – Lelaki tertua di dunia, John Tinniswood, meninggal dunia pada usia 112 tahun di rumah jagaan tempat dia tinggal di Southport, barat laut England, kata Rekod Dunia Guinness pada Selasa dengan memetic kenyataan keluarga.
Tinniswood dilahirkan di Liverpool pada 26 Ogos 1912, dan meninggal dunia pada hari Isnin.
Dia menjadi lelaki tertua di dunia pada April lalu selepas kematian Juan Vicente Perez, warga Venezuela ketika usia 114 tahun.
Dilahirkan pada tahun yang sama dengan Kapal Titanic yang tenggelam dan Tinniswod telah melalui kedua-dua Perang Dunia,.
Sebelum ini Tinniswood pernah memberitahu Guinness World Records rahsia umur panjangnya adalah “nasib’.
“Anda sama ada hidup lama atau anda pendek, dan anda tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya,” katanya.
Beliau bagaimanapun menasihatkan supaya bersederhana dalam semua perkara untuk kekal sihat.
“Jika anda minum terlalu banyak atau anda makan terlalu banyak atau anda berjalan terlalu banyak, jika anda melakukan terlalu banyak apa-apa, anda akan menderita akhirnya,” tambahnya.
Semasa Perang Dunia Kedua, Tinniswood memegang terlibat dalam pentadbiran dalam Royal Army Pay Corps, dan pernah bekerja untuk syarikat gergasi minyak Shell dan BP.
Dia adalah penyokong sepanjang hayat kelab bola sepak Liverpool.
Warga emas ini gemar makan ikan dan kerepek setiap hari Jumaat.
Wanita tertua di dunia pada masa ini ialah Tomiko Itooka dari Jepun, yang berusia 116 tahun. – Agensi