KOTA BHARU – Operasi tiga pejabat Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) ditutup sementara akibat banjir yang berlaku di kawasan terbabit.
MDPM menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasminya pada malam ini memaklumkan tiga pejabat yang terlibat adalah Lubok Jong, cawangan Rantau Panjang dan Pasar Tasek Raja.
“Semua petugas MDPM akan bekerja dari rumah (WFH) dan akan dibuka semula hingga diberitahu kelak,” menurut kenyataan itu.
MDPM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus email ke [email protected]. – BERNAMA