Irwan Fahmi Ideris

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Kementerian Pelancongan (MOTAC) memberi penjelasan mengenai kenyataan menterinya berhubung pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sambutan Tahun Baharu Cina oleh kerajaan China, tahun depan.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata, Perkasa ingin mengetahui manfaat yang diperolehi rakyat di negara ini melalui sambutan tersebut.

“Apakah terdapat agenda tertentu yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan untuk membawa masuk segala budaya dari negara tembok Besar China itu.

“Apakah selama ini kaum Cina di Malaysia tidak menyambut Tahun Baru Cina?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Irwan Fahmi merujuk kepada laporan media berhubung kenyataan Menteri Perlancongan, Datuk Seri Tiong King Sing, semalam.

Menurut laporan tersebut, King Sing menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, China memilih Malaysia sebagai tuan rumah sambutan Tahun Baru Cina yang pertama kali diadakan di luar negara Tembok Besar itu.

Katanya, hal berkenaan dimaklumkan menerusi pertemuan bersama Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Sun Yeli ketika penganjuran China International Travel Mart di Shanghai.

Irwan Fahmi menegaskan, Perkasa tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan mengenai isu sambutan Tahun Baru Cina itu.

Jelasnya, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China tidak wajar dijadikan alasan untuk menerima segala budaya negara tersebut ke negara ini.

Tambah beliau, apakah kerajaan selepas ini bercadang untuk menjemput negara India pula untuk mengadakan sambutan Deepavali di Malaysia pada masa akan datang.

Beliau turut meminta King Sing supaya memberitahu kepada umum sama ada cadangan penganjuran acara tersebut telah mendapat persetujuan kerajaan serta telah dirujuk dan mendapat kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu.

Sementara itu, beliau turut menggesa Perdana Menteri menukar menteri pelancongan sedia ada dengan individu yang lebih layak untuk diketengahkan bagi menerajui kementerian berkenaan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

China pilih Malaysia jadi tuan rumah sambutan Tahun Baru Cina – King Sing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here