Joe Biden. Foto AFP

BEIRUT – Gencatan senjata antara Israel dan Lubnan dilaksanakan berkuatkuasa jam 4 pagi waktu tempatan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Presiden Joe Biden yang mengumumkan Israel dan Lubnan telah menerima cadangan untuk mengakhiri peperangan menyifatkan perkembangan itu sebagai berita baik.

Biden berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri Israel dan Lubnan dan ‘gembira untuk mengumumkan bahawa kerajaan mereka telah menerima cadangan AS untuk mengakhiri konflik antara Israel dan Hizbullah.

Biden mengesahkan sebaik sahaja gencatan senjata dilaksanakan, segala permusuhan akan tamat

Tambahnya, tentera Lubnan akan menguasai semula wilayahnya berikutan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata itu.

Dalam tempoh 60 hari akan datang, Israel akan berundur dengan baki anggota tentera secara berperingkat dengan orang awam kedua-dua pihak akan pulang kepada komuniti masing-masing dengan selamat dan mula membina semua kediaman mereka, kata Presiden AS itu.

Menyentuh kenyataan yang dikeluarkan Benjamin Netanyahu sebelum ini, Biden berkata, Israel kekal berhak mempertahankan diri jika Hizbullah atau mana-mana pihak melanggar perjanjian itu.

Biden berkata, AS dan Perancis akan memastikan perjanjian tersebut dilaksanakan sepenuhnya namun mendakwa tiada tentera AS akan dikerahkan ke selatan Lubnan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here