JERTIH – Polis telah mendapat kebenaran bagi menahan reman seorang penjual sayur hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan nyawa tiga beranak di Setiu, dua hari lepas.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut, di sini.

Lelaki itu ditahan di lokap Balai Polis Permaisuri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isnin lepas media melaporkan tiga sekeluarga maut apabila Perodua Axia dinaiki mereka dirempuh kereta pacuan empat roda di Kilometer 53 Jalan Persekutuan Kuala Terengganu–Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu, kira-kira pukul 4.50 pagi. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here