Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, sedang memantau rapi situasi di Islamabad susulan pergolakan yang berlaku di ibu negara dalam tempoh dua hari yang lalu.

Suruhanjaya Tinggi sentiasa berhubung dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi.

Berdasarkan laporan terkini, seramai 32 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Chilas kini dalam perjalanan menuju ke Bersham berikutan keadaan di kawasan tersebut yang semakin pulih.

Suruhanjaya Tinggi sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kepulangan mereka berjalan dengan selamat dan terjamin.

Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas digesa untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
tempatan.

“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad digalakkan untuk segera berbuat demikian melalui e-konsular (https://ekonsular.kln.gov.my/login) bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan tepat pada masanya.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad melalui
maklumat berikut:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI ISLAMABAD
Alamat: Plot No. 144-150, Street No. 17,
Sector G-5, Diplomatic Enclave, Islamabad
Nombor telefon: +92 51 207 2900 ext. 123 or 125
Emel: [email protected]

Kementerian Luar Negeri akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini dari semasa ke semasa.

Islamabad menjadi kucar-kacir selepas ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, menyerbu ibu negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh.

Anggota renjer separa tentera juga terbunuh selepas sebuah kenderaan merempuh mereka ketika penunjuk perasaan menyerbu Islamabad lewat malam Isnin, kata jurucakap polis persekutuan.

Sebelum itu, dua anggota polis terbunuh di kawasan pinggir Islamabad manakala lebih 100 pegawai keselamatan cedera dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan.

Ribuan penunjuk perasaan yang dipimpin oleh isteri Imran bertempur dengan polis antirusuhan, yang menggunakan gas pemedih mata dan baton untuk menyuraikan mereka

Imran dipenjarakan sejak Ogos 2023 dan menghadapi perbicaraan atas dakwaan menghasut keganasan pada 9 Mei tahun yang sama. MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here