Benjamin Netanyahu. Photo AFP

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata beliau akan mengemukakan cadangan gencatan senjata dengan Lubnan kepada Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan kerajaannya meluluskannya seawal petang ini.

Netanyahu yang berucap menerusi televisyen berkata, beliau akan mencadangkan ‘garis panduan satu gencatan senjata’ kepada para menteri ‘petang ini’.

Beliau yang tidak menyatakan jangka masa gencatan senjata itu berkata, ‘tempohnya bergantung kepada apa yang berlaku di Luban’.

“Jika Hizbullah melanggar perjanjian dan cuba mengangkat senjata semula, kami akan menyerang,” ujarnya.

AS yang merupakan sekutu Israel di samping Perancis berusaha melaksanakan gencatan senjata itu.

“Menerusi koordinasi penuh AS, kami mengekalkan kebebasan tindakan ketenteraan,” kata Netanyahu sambil menggariskan tujuh barisan hadapan peperangan dihadapi Israel di Gaza, pencerobohan Tebing Barat, Yemen, Iraq, Syria, Lubnan dan Iran.

Malah ketika Netanyahu membicarakan tentang gencatan senjata, tentera Israel melakukan serangan udara di tengah Beirut manakala tenteranya berkata, 15 peluru berpandu dari Lubnan memasuki ruang udara Israel.

Netanyahu berkata, gencatan senjata itu akan membolehkan Israel focus kepada ancaman Iran dan menentang kumpulan Hamas di Gaza.

“Dengan Hizbullan tiada dalam gambar, Hamas tinggal sendirian.

“Kami akan meningkatkan tekanan terhadap Hamas dan ini akan membantu kami dalam misi membebaskan tahanan kami,” katanya.

Seramai 251 orang menjadi tahanan Hamas dalam serangan kumpulan itu pada tahun lalu yang mana 97 orang masih berada di Gaza, termasuk 34 tentera yang diisytiharkan telah mati. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here