Barisan pengurusan Puspakom.

KUALA LUMPUR – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) kini memasuki era baharu dengan memperkenalkan teknologi canggih untuk merevolusi proses pemeriksaan kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, penggunaan kecerdasan buatan (Ai) dan teknologi pintas membolehkan proses pemeriksaan dilakukan lebih pantas, tepat dan telus.

“Inovasi ini secara tidak langsung akan memberi nilai signifikan kepada pengguna dan perniagaan selain menjimatkan masa serta meningkatkan produktiviti.

“Peralihan daripada status konsesi kepada lesen bukan sahaja satu adaptasi tetapi ia dapat menetapkan penanda aras baharu dalam pelbagai aspek iaitu keselamatan, alam sekitar dan ekonomi,” katanya dalam satu majlis, semalam.

Mahmood yakin langkah itu selari dengan liberalisasi pasaran yang akan terus membuka ruang kepada persaingan dan inovasi dalam industri.

Pada majlis itu, Puspakom memperkenalkan pasukan pengurusan baharu yang akan memastikan perkhidmatan pemeriksaan kekal relevan dan berdaya saing dalam lanskap automotif yang berubah.

“Ini mencerminkan usaha Puspakom dalam menjadi peneraju industri pemeriksaan kenderaan dengan fokus kepada keselamatan jalan raya, kelestarian alam sekitar, dan kemajuan ekonomi Malaysia.

“Kami akan terus komited dalam menawarkan perkhidmatan yang cekap, pantas, dan profesional kepada pelanggan individu serta korporat,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here