Gabungan Nasionalis (GN) pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai menteri.

Itu tegas Pengerusi Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Hazry Saimin yang kecewa kerana King Sing tidak mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dalam isu papan tanda dwibahasa baru-baru ini.

“Bahasa Melayu adalah simbol identiti dan kedaulatan negara dan sikap beliau dilihat sebagai mengkhianati nilai asas negara.

Pengerusi Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Hazry Saimin

“Beliau lebih mengutamakan budaya luar berbanding seni, budaya dan warisan tempatan yang sepatutnya menjadi keutamaan kementerian dan perkara ini menunjukkan King Sing gagal mengukuhkan jati diri bangsa kerana telah terpesong daripada objektif kementerian memperkasa produk pelancongan serta mempromosi keunikan Malaysia,” katanya dalam sidang media yang mewakili Gerakan Nasionalis (GN) di sini petang tadi.

Susulan itu, GN mendesak King Sing untuk meletakkan jawatan secara terhormat dan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelantikan beliau sebagai menteri menurut Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, GN dengan kerjasama GPS dan rakan badan bukan kerajaan yang lain telah melancarkan petisyen ‘1 Juta Rakyat Malaysia Desak Tiong King Sing Letak Jawatan’.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong usaha ini bagi mengembalikan keyakinan terhadap kepimpinan negara dan petisyen ini boleh diakses melalui pautan www.change.org/TiongLetakJawatan,” ujarnya.

Pengerusi Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (IDENTITI), Islah Wahyudi Zainuddin.

Selain itu, Pengerusi Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (IDENTITI), Islah Wahyudi Zainuddin turut bersetuju mendesak King Sing dipecat dari jawatannya kerana telah melakukan perbuatan khianat.

Bagi Presiden Pertubuhan Bukit Antarabangsa, Al-Bakrie Ali juga turut menyuarakan pandangan bahawa King Sing tidak layak untuk memegang jawatan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Presiden Pertubuhan Bukit Antarabangsa, Al-Bakrie Ali.

“Kenapa King Sing tidak layak memegang jawatan kerana telah rosakkan imej negara kita,” ujarnya.

Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Shuhabi Ar-Rumy Selamat

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Shuhabi Ar-Rumy Selamat pula menegaskan, terdapat ‘kecelaruan identiti’ berkaitan kenyataan King Sing terhadap tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap papan tanda diwibahasa.

“Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab mempromosikan negara, semua perkara sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan promosi adalah untuk manfaat dan kesejahteraan untuk rakyat.

“Dari aspek undang-undang, sudah ada akta Bahasa Kebangsaan untuk memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan,” katanya.

Timbalan Pengerusi PEMBELA Islam, Zainol Talib.

Timbalan Pengerusi PEMBELA Islam, Zainol Talib menggesa Perdana Menteri untuk menggugurkan King Sing sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sudah termaktub dalam Perlembagaan dan saya seru King Sing menghormati dan menjunjung Bahasa Melayu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here