KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara semakin meningkat dengan Kelantan menjadi negeri paling tinggi penduduknya terjejas akibat bencana itu.
Data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan, bilangan terkini mangsa banjir yang dipindahkan mencecah 39,677 orang dengan 12,107 keluarga kini ditempatkan di 345 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri.
Berdasarkan data itu, Kelantan mencecah jumlah teramai iaitu 32,858 orang di 10 daerah membabitkan 989 keluarga dan 166 PPS dibuka.
Manakala, Terengganu pula merekodkan seramai 6,133 mangsa dengan 162 PPS, Kedah (443 mangsa,12 PPS), Perlis (195 mangsa, 3 PPS), Johor (28 mangsa,1 PPS) dan Perak (20 mangsa,1 PPS).
JKM turut memaklumkan, lelaki dewasa yang dipindahkan adalah seramai 12,942, wanita (14,020), kanak-kanak lelaki (5,959), kanak-kanak perempuan (5,686), bayi lelaki (572) dan bayi perempuan (498). – MalaysiaGazette