ARKIB Pengasas platform e-Dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 07 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

“Keputusan berhubung siasatan ini akan diperolehi dalam masa yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Pada 4 November lalu, SPRM memaklumkan telah menyerbu empat premis berkaitan FashionValet di sekitar ibu negara.

Ia susulan laporan laporan media yang memetik kenyataan Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) berhubung penjualan pegangan mereka di dalam syarikat e-dagang tersebut yang menyebabkan kerugian pelaburan sebanyak RM43.9 juta.

SPRM juga telah memanggil pemilik FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin selama empat hari untuk dirakam keterangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here