Pengerusi AFA Group, Tan Sri Azmil Khalili (tengah) bercakap dalam sidang media di Menara AFA, hari ini.

KUALA LUMPUR –  Syarikat konsesi lebuh raya, AFA Prime Sdn Bhd (AFA) yang dahulunya dikenali sebagai ANIH Bhd memperuntuk sebanyak RM2.3 bilion untuk melebarkan Lebuh Raya KL-Karak (KLK) dan Projek Mitigasi Banjir Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Pengerusi AFA Group, Tan Sri Azmil Khalili Khalid berkata, projek dijalankan untuk menangani isu kesesakan dan risiko keselamatan yang sering terjadi di antara lebuh raya yang paling sibuk itu.

Projek pelebaran mempunyai panjang sebanyak 42.3 kilometer (km) melibatkan dua seksyen.

Seksyen pertama merangkumi lokasi dari KM19.2 hingga KM39.0 dengan jarak 19.8km dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah, manakala seksyen kedua (KM39.0 – KM61.5) dengan jarak 22.5km dari Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas satu majlis di Menara AFA, Gombak hari ini.

Menurut Azmil, pelaksanaannya akan mengambil masa 48 bulan merangkumi pelebaran dari tiga lorong dua hala kepada empat lorong dua hala serta penambahan dua lorong baharu dari Plaza Tol Bentong ke Genting Sempah.

“Selain itu, ia juga melibatkan projek menambahbaik dua lorong dua hala kepada tiga lorong dua hala dari Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong,” tambahnya.

Apabila siap, lebuh raya itu diramalk dapat melancarkan aliran trafik sebanyak 25 peratus iaitu bersamaan dengan 1,400 kenderaan sejam bagi setiap bulan.

Pihaknya akan terus komited untuk memperkenalkan langkah keselamatan termasuk penstabilan cerun, meningkatkan sistem pengurusan trafik dan bahu jalan lebih luas untuk mengeruskan insiden dengan lebih baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here