Lima beradik menerima manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian berjumlah RM129,000 hasil simpanan Allahyarham ibu mereka melalui Simpan SSPN.
PTPTN sentiasa memastikan akses pendidikan anak-anak pendeposit Simpan SSPN terus terjamin sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada ibu bapa mereka.
Sumbangan disampaikan Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dan turut disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof di Kg Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah Melaka.