Keadaan banjir di Kampung Chenulang, Kuala Krai Kelantan. Foto: Fb Info Banjir Negeri Kelantan

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) bersama sukarelawannya akan membuka Dapur Rakyat bagi membekalkan makanan kepada petugas dan mangsa banjir di Kelantan.

Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah dan keupayaan membekalkan makanan itu bergantung kepada kemampuan dan tenaga sukarela.

Annuar Musa

Buat permulaan, ujar beliau, operasi Dapur Rakyat itu akan bertempat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala, Melor, Kota Bharu.

“Keadaan banjir di Kelantan serius…Semoga semua yang terlibat bersabar menghadapi ujian ini dan semoga Allah SWT mudahkan segala urusan bantuan dan menyelamat mangsa terlibat,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar turut mengalu-alukan sumbangan tenaga dan material untuk menjayakan inisiatif Dapur Rakyat daripada orang ramai.

Ujarnya, mereka yang berhasrat untuk sama-sama membantu boleh menghubungi talian 019- 9209797 (Saipudin) atau hadir sendiri ke Dewan Tun Ghafar Baba YKK Padang Kala, Melor, Kota Bharu.

Ketika ini, Kelantan merupakan antara negeri paling teruk terjejas bencana banjir apabila seramai 30,582 orang daripada 9,223 keluarga dipindahkan ke 157 pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu, paras air Sungai Golok, Rantau Panjang ketika ini dilaporkan mencecah 11.42 meter iaitu melepasi catatan bah kuning pada 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here