Norizan Mat Lahim, 55, membawa pulang Proton S70 yang disampaikan Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP), Datuk Baharom Embi dalam satu majlis di ibu negara.

KUALA LUMPUR – Seorang pesara dari Pulau Pinang membawa pulang Proton S70 apabila menjadi pemenang hadiah utama Cabutan Suku Ke-3 Kempen Hello CBP 2024.

Bekas guru, Norizan Mat Lahim, 55, menerima hadiah berkenaan yang disampaikan Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP), Datuk Baharom Embi dalam satu majlis di ibu negara.

Sementara itu, Mohd Azizan Ahmad, 54, yang bekerja sendiri pula membawa pulang motosikal Suzuki Gixxer 250, manakala guru, Ruslin Abdul Rahman, 56; dan pesara, Ab Wahab Che Mat, 64, membawa pulang Pakej Percutian atau Umrah.

Baharom dalam ucapannya berkata, orang ramai masih berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik bagi Cabutan Suku Ke-4 Kempen Hello CBP 2024.

Barisan kepimpinan CBP meraikan pemenang Cabutan Suku Ke-3 Kempen Hello CBP 2024 di ibu negara.

“Antara kelainan kempen Hello CBP 2024 adalah cabutan dilakukan setiap suku tahun di mana pemenangnya akan menerima hadiah sama seperti yang dibawa pulang oleh Norizan, Mohd Azizan, Ruslin dan Ab Wabab.

“Kaedah penyertaan kempen ini juga mudah dengan hanya melanggan produk dan perkhidmatan ditawarkan CBP sekali gus berpeluang memenangi hadiah menarik berkenaan,” katanya.

Kempen Hello CBP 2024 berlangsung dari 1 Januari lalu hingga 31 Disember ini di mana hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 juta yang menjadi nilai hadiah tertinggi pernah ditawarkan CBP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here