Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berucap pada Majlis perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen, KLCC. Foto AIZAT ZAINAL, 23 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Institut Integriti Malaysia (IIM) memperkenalkan pelan strategik baharu yang berasaskan empat teras utama bagi mengukuhkan lagi peranannya.

Antaranya, menjadi badan pemikir perdana yang unggul di peringkat nasional dan antarabangsa serta mengukuhkan kerjasama strategik dalam dan luar negara untuk memperluas amalan terbaik integriti.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, institut itu memainkan peranan penting dalam memperkukuh tata kelola baik, tidak hanya dalam sektor awam tetapi juga sektor swasta dan masyarakat secara keseluruhannya sepanjang 20 tahun penubuhannya.

Selain itu, IIM juga menggalas peranan sebagai organisasi utama dalam pendidikan dan advokasi integriti, di samping melestarikan tata kelola mampan dengan mematuhi piawaian antarabangsa seperti ISO 37001:2016.

“Semua ini adalah langkah signifikan yang membawa kita lebih dekat kepada matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berintegriti tinggi yang dihormati di peringkat global,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Dua Dekad IIM di Auditorium IIM, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Rahman Mohd Din dan Tan Sri Kamaluddin Abdullah mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Shamsul Azri menambah, nilai integriti adalah asas kepada pembangunan yang mapan yang mana ia bermula di rumah, diperkuatkan di tempat kerja, dan akhirnya meluas ke peringkat negara.

Dalam institusi keluarga, ujarnya, nilai integriti menjadi panduan untuk mendidik generasi akan datang supaya menjadi individu yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Sementara itu, dalam masyarakat pula, tambah beliau, integriti mencipta kepercayaan dan perpaduan.

“Apabila setiap individu bertindak dengan jujur dan adil, kita dapat mengurangkan gejala sosial seperti rasuah dan penyelewengan.

“Pada peringkat negara, integriti adalah tunjang kepada sistem tata kelola yang baik, yang memastikan setiap keputusan diambil untuk kebaikan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here