KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya sehingga esok kepada seluruh negeri Terengganu serta 10 daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan 12.30 tengahari tadi, MetMalaysia turut memberi amaran hujan berterusan tahap buruk bagi Gua Musang di Kelantan; Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta Hulu Perak, di Perak.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera); Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).
Kesemua amaran tersebut adalah bagi tempoh sehingga esok, 30 November 2024.- MalaysiaGazette