PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan makan tengah hari restoran Nasi Champo di Taman Warisan Pertanian di sini, sebelum menunaikan solat Jumaat hari ini.
Beliau tiba di restoran itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan diiringi beberapa pemimpin jabatan kerajaan.
Anwar yang mengenakan baju Melayu berwarna hijau muda meluangkan masa kira-kira 25 minit di restoran terbabit.
Beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan pengunjung di medan selera Taman Warisan Pertanian itu sebelum bergerak ke Surau Pudina, Presint 17, dekat sini, untuk menunaikan solat Jumaat. – MalaysiaGazette