KUALA LUMPUR – Polis memulakan siasatan penemuan tiga ekor kucing disyaki didera sehingga mati dalam kejadian di Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, kejadian dipercayqi berlaku pada 17 November lalu.
“Bangkai tiga ekor kucing itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala dekati tangga sebuah kediaman pelajar di Setapak.
“Pengawal keselamatan menyedari insiden itu setelah dimaklumkan oleh pelajar di kediaman tersebut sebelum laporan polis diterima pada 28 November lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan kes masih disiasat oleh polis.
“Setakat ini dua indivdu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes ini.
“Polis pada masa sama sedang menyemak rakam kamera litar Tertutup di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette