Pada 22 Ogos lalu pesawat Air India menerima ancaman bom palsu ketika dalam penerbangan dari Mumbai ke Thiruvananthapuram. Foto: Twitter

NEW DELHI – Syarikat penerbangan dan lapangan terbang India menerima 999 ancaman bom tipu tahun ini setakat 14 November, kata timbalan menteri penerbangan awam negara itu kepada Parlimen.

Angka itu melonjak 10 kali daripada ancaman yang diterima pada 2023, kata Murlidhar Mohol.

Lebih daripada 500 ancaman tahun itu diterima hanya dalam dua minggu terakhir bulan Oktober.

Lonjakan dramatik dalam ancaman ini telah menganggu jadual penerbangan, selain gangguan ketara dalam perkhidmatan.

“Ancaman baru-baru ini semuanya tipu dengan “tiada ancaman sebenar dikesan di mana-mana lapangan terbang/pesawat di India”.

“Polis telah menerima 256 aduan dan 12 orang telah ditahan berhubung ugutan ini,” katanya sambal menyatakan peningkatan itu belum pernah terjadi sebelumnya ini.

Antara 2014 dan 2017, pihak berkuasa telah merekodkan hanya 120 amaran penipuan bom di lapangan terbang, dengan hampir separuh diarahkan ke New Delhi dan Mumbai, lapangan terbang terbesar di negara ini.

Kebanjiran ancaman penipuan Oktober ini telah menangguhkan beberapa penerbangan terjejas manakala yang lain dialihkan.

Ancaman terhadap penerbangan yang menuju ke negara lain juga menyebabkan agensi antarabangsa terlibat.

Pada Oktober, Tentera Udara Singapura menghantar dua jet pejuang untuk mengiringi pesawat Air India Express berikutan ancaman bom.

Pada bulan yang sama, satu lagi penerbangan Air India dari New Delhi ke Chicago terpaksa mendarat di lapangan terbang terpencil di Kanada.

Penumpang dalam penerbangan itu kemudiannya diangkut ke Chicago dengan pesawat tentera udara yang dikerahkan oleh Kanada.

Kementerian Penerbangan Awam India kemudiannya berkata, ia sedang membuat “segala usaha yang mungkin” untuk melindungi operasi penerbangan.

Lapangan terbang India mempunyai Jawatankuasa Penilaian Ancaman Bom yang menilai tahap ancaman dan mengambil tindakan sewajarnya.

Ancaman boleh membawa kepada penglibatan skuad pemusnah bom, anjing penghidu, ambulans, polis dan doktor.

Penumpang diturunkan dari pesawat bersama-sama dengan bagasi kabin, bagasi daftar masuk dan kargo, dan mereka semua disaring semula.

Pasukan kejuruteraan dan keselamatan juga menggeledah pesawat sebelum ia dibenarkan untuk terbang semula.

Kelewatan yang berlaku menyebabkan kerugian ribuan dolar kepada syarikat penerbangan dan agensi keselamatan.

Lebih 150 juta penumpang terbang dalam negara di India tahun lalu, menurut kementerian penerbangan awam.

Lebih 3,000 penerbangan tiba dan berlepas setiap hari di negara ini daripada lebih 150 lapangan terbang beroperasi, termasuk 33 lapangan terbang antarabangsa. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here