Ahli Pengakap Kelana Pahang turut serta pada Perhimpunan Pemimpin Pengakap Kebangsaan Thailand (INDABA) kali ke-6 dan memeriahkam Majlis Gilwell Reunion di Vajiravudh Scout Camp, Sri Racha di Chanbori dekat Thailand baru-baru ini.

THAILAND – Seramai 20 ahli Pengakap Kelana antara 2,000 pemimpin pengakap menyertai Perhimpunan Pemimpin Pengakap Kebangsaan Thailand (INDABA) kali keenam.

Penyertaan pemimpin pengakap dari Malaysia dalam penganjuran badan uniform di negara Gajah Putih itu turut disertai oleh Myanmar, Cambodia, Vietnam dan beberapa negara lain selama lima hari di Vajiravudh Scout Camp, Chanbori di sini.

Adoonrat Nimjaroen

Presidennya, Komisioner Adoonrat Nimjaroen berkata, sambutan Majlis Gilwell Reunion turut diadakan bagi menghimpunkan ribuan pemimpin pengakap di wilayah itu bersama wakil negara yang terbabit.

“Pada penganjuran kali ini kesemua peserta dibahagikan kepada enam buah sub-kem berasingan di mana setiap bahagian terdiri daripada 400 pemimpin.

Syahira Yahya (kiri), Adoonrat Nimjaroen (tengah), menerima skaf Pahang International Scout Festival daripada Asmawi Sulaiman

“Peserta diajar kemahiran modul kepimpinan seperti pertolongan cemas, ikatan survival kehidupan, sistem solar, dan pengurusan banjir bagi memimpin pasukan masing-masing.

“Manakala peserta pengakap dari Malaysia diundang sempena misi kemanusiaan Asean Hope 2024,” ketika ditemui MalaysiaGazette.

Sementara itu, ahli Pengakap Kelana, Muhammad Adam Ab. Razak, 22, berkata penyertaan sulung di negara itu memberikan pengalaman dalam menghayati budaya Pengakap Thailand,

“Budaya rakyat Thailand khususnya pengakap Thailand yang bagi saya agak unik dan berlainan dengan budaya di Malaysia ialah mereka bersalaman menggunakan tangan kiri sambil tangan kanan mengangkat tabik hormat.

Muhammad Adam A.Razak

“Pada mulanya saya agak kekok kerana sering bersalaman menggunakan tangan kanan sebelum ini,” katanya yang sebelum ini pernah penyertai aktiviti kepengakapan di Jepun baru-baru ini.

Bagi Muhammad Hasraf A.Hamid, 23, beliau menyifatkan Thailand yang membangun dari segi ekonomi,pertanian, penternakan, komoditi termasuk sektor pelancongan ada negara yang perlu dilawati.

Beliau berharap perkembangan pembangunan positif di Thailand itu boleh dijadikan panduan kepadanya dalam melihat perbezaan negara orang untuk dijadikan iktibar.

Muhammad Hasraff A.Hamid

Kongsinya perkara yang tertarik yang terkesan di jiwanya ialah amalan menghormati dan memuliakan tetamu oleh masyarakat Thailand wajar dicontohi dan diamalkan.

“Sebagai contoh, apabila kami sampai di kem mereka melayan kita sehingga tambah lauk dan nasi berkali-kali, beri tempat tinggal yang selesa dan menganggap kita seperti rakan mereka sendiri dan tidak asing untuk mereka,” katanya.

Bagi Nur Atirah Alia Zainal Abidin, 22, pula peluang bermusafir di negara itu dimanfaatkan dengan mempelajari Bahasa Thai yang banyak menggunakan bunyi huruf K.

Ujarnya dengan mempelajari bahasa tempatan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi selain bergaul dengan komuniti setempat ketika menyertai perhimpunan pengakap terbesar di wilayah itu.

Tambahnya kemudahan lengkap di kem pengakap seperti dewan, tandas, klinik, masjid, gereja, kuil memudahkan ahli pengakap dari seluruh dunia membuat aktiviti dan menjadikan kem itu sebagai platform organisasi berkenaan berhimpun.

Nur Atirah Alia Zainal Abidin

“Antaranya adalah, ‘kap’ ialah lelaki dan ‘ka’ perempuan. Maka, jika kita hendak menyapa mereka, kita perlu menambah perkaatan tersebut di belakangbergantung kepada jantina masing-masing.

“Setiap pelusuk mempunyai tugu tokoh-tokoh pengakap dan kawasan perkhemahan yang bersih dan cantik.

“Selaku seorang pengakap, saya berbangga bahawa di negara lain juga mempunyai minat yang sama seperti saya dan mereka mampu memberi komitmen sebesar ini kepada organisasi pengakap,” katanya.

Manakala bagi Azreena Faizan, 25, berkata pengalaman yang mahal apabila mempelajari sejarah pengakap di negara itu.

Tambahnya, nama tapak perkemahan Vajiravudh yang hebat diambil semperna nama pengasas iaitu Raja Thailand (Rama VI).

“Apa yang menarik Thailand merupakan negara bebas dan tidak pernah di ditakluk penjajah menjadikan ianya salah satu negara kuat yang berjaya membida dan melaksanakan Jamboree Dunia.

“Hal ini disebabkan sokongan padu dari kerajaan itu sendiri yang mana pengakap diberi sokongan penuh dari segi pergerakan pengakap oleh Kementerian Pendidikan Thailand,” katanya.

Azreena faizan (bertopi putih) bersama pasukan pengakap ketika melalui sempadan Malaysia-Thailand pada Misi Asean Hope 2024

Seramai 20 ahli pengakap dipimpin oleh Asmawi Sulaiman memulakan misi Asean Hope 2024 menjelelajah ke Thailand, Cambodia, dan Vietnam bagi melakukan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan bermula 21 November hingga 2 Disember ini.

Asean Hope mula dianjurkan pada tahun 2017 hingga kini kecuali pada tahun 2020 dan 2021 susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here